Tuesday, September 1, 2009

Mawi & MODENAS Bersama Meraikan Anak-Anak Yatim

MODENAS telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Rumah Anak -Anak Yatim Damai, Kuang, Selangor pada 26 Ogos 2009. Majlis bagi meraikan anak-anak yatim serta ibu-ibu tunggal di rumah kebajikan ini juga bersempena program 'Uniknya Ramadhan' episod bersama Mawi & Ekin.
 
Seramai 137 penghuni rumah ini telah diraikan dalam majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh Ketua pegawai Eksekutif MODENAS, En Abdul Harith Abdullah. Di majlis ini, MODENAS turut menyampaikan sumbangan dan cenderahati ikhlas kepada semua anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal.
 
Untuk tatapan semua, disertakan laporan serta foto-foto majlis tersebut. Juga laporan akhbar dari Utusan Malaysia pada 28 dan 31 Ogos 2009.

No comments: