Sunday, March 23, 2014

Konvoi Motorsikal - Tanda tangan dari Marshall

Sewaktu berkonvoi, kebiasaannya akan ada marshall, orang yang lead dan juga orang terakhir. Mereka2 ini akan memberikan tanda2 sepanjang perjalanan. Sebaiknya rakan2 berkonvoi faham dan ikuti tanda2 ini.

Saya mengambil tanda2 ini dari pihak Motorcycle Safety Foundation dari US. Jika ianya bercanggah dengan apa yang kita amalkan, sila betulkan diri anda

1. Follow me / Ikut saya - Tangan diangkat dengan tapak tangan kedepan


2. Stop / Berhenti - tangan kebawah dengan tapak tangan kebelakang. Kebiasaan kita akan angkat tangan dan menggenggam



3. Slow down / perlahankan - tangan didepakan dan tapak tangan menghala kebawah. Kemudian lengan dijatuhkan


4. Speed up / lajukan - tangan diunjurkan sambil tapak tangan menghala ke atas. Tangan diangkat

5.  Single file / sebaris - tangan diangkat ke atas dengan jari tunjuk 1. Apabila sign ini diberi sila atur satu2


6.  Double file / berdua - Tangan diangkat keatas dengan 2 jari ditunjuk. Ini bermakna anda perlu beratur bersebelahan. Bukan sebarang bersebelahan. Sila ikut foto berikutnya


7.  Berdua2an ketika berkonvoi mesti ikut tatacara ini. Jangan bersebelahan dan berbual. Berbuallah sewaktu minum kopi nanti


8.  Hazard in Roadway / Bahaya dijalan - Apabila ada lubang atau apa saja diatas jalan silalah beri tanda begini kepada rakan anda. Mereka yang dibelakang menjadikan anda mata mereka.


9. Pull off / pusing kanan - tangan diangkat dan dihayun ke kanan. Ini bermakna konvoi akan mengambil simpang kanan. Pastikan anda perhatikan belakang terlebih dahulu sebelum bergerak kekanan. INGAT jangan gerak ke kanan tanpa perhatikan belakang


10. Fuel / isi minyak - tunjukan ke tangki anda dan marshall akan membuat persediaan untuk pengisian minyak. Jangan suka2 berhenti untuk mengisi minyak. Anda boleh menyebabkan kemalangan


11. Refreshment stop / berhenti minum - Genggam tangan dengan ibu jari menunjuk ke mulut. Sekali lagi jangan berhenti sehingga marshall mengarahkan anda berhenti


Diharap peserta2 konvoi ingat tanda2 diatas dan sama2 praktek dengan pihak2 marshall. INGAT never stop shingga marshall kata anda boleh berhenti.

Jika ada kemalangan / kerosakan jangan berhenti dahulu. Teruskan perjalanan sehingga selamat untuk berhenti. ANDA mungkin menyebabkan kemalangan lain jika tiba2 berhenti. Ingat NEVER STOP to help. Setiap konvoi ada orang terakhir yang akan membantu. STOP when it is save to do so
Read More »

Saturday, March 15, 2014

Ride Sungai Petani to Koh Tarutao

A cub ride from Sungai Petani town to Tarutao island
Event at facebook click here
Read More »