Thursday, December 17, 2009

MODENAS at Athens Motorshow 2008






The above pictures was taken during Athens Motorshow in 2008. Sorry for late publishing
Read More »

Wednesday, December 16, 2009

Promotion for MODENAS customer in Greece



Promotion to Greek customer from the distributor in Greece. Valid for 2009 only
Read More »

GT128 Advertisement in Iranian newspaper



The above advertisement appear in Iranian newspaper. More detail not available. Understood that GT128 shall be introduced to Iranian market soon under brand name Galaxy GT130. Price not available
Read More »

Wednesday, December 9, 2009

New Passion 125

MODENAS telah menampilkan versi terbaru skuter PASSION 125 dengan pilihan Warna dan Grafik yang terkini sesuai dengan jiwa remaja yang sentiasa mewarnai ekspresi gaya hidup yang aktif, bebas dan inginkan perubahan dengan gaya tersendiri.

Cetusan warna-warna pastel dan grafik terbaru ini lahir daripada inspirasi jiwa remaja yang ternyata mempersonakan.

Pengenalan PASSION 125 terbaru ini yang telahpun memasuki pasaran bermula Disember tadi menampilkan 3 warna pilihan iaitu Merah Baldu, Biru Satin dan Jingga Pelangi. Harga jualan masih dikekalkan iaitu RM4,302.00.

Dilampirkan laporan pengenalan PASSION 125 dengan Warna dan Grafik terbaru ini untuk tatapan bersama.





"MODENAS PASSION 125, WARNA JIWA REMAJA"
Read More »

Monday, November 2, 2009

Zulfahmi, Pelumba Wild Card Negara Dapat Tawaran Ke Perlumbaan Kebangsaan Sepanyol

Salam untuk semua.
 
Mohd Zulfahmi, pelumba Wild Card negara dalam saingan MotoGP Malaysia 2009 telah ditawarkan untuk berlumba dalam saingan Kebangsaan Sepanyol oleh pasukan Ongette I.S.P.A Sepanyol selepas aksi cemerlangnya pada MotoGP Malaysia lepas. Zulfahmi yang juga merupakan pelumba MODENAS Yuzi Pachi dalam saingan Cubprix Malaysia sekaligus telah menaikkan dan membawa nama MODENAS bersama kejayaannya.
 
Zulfahmi yang mendapat tempat ke-20 dalan saingan MotoGP ditawarkan tempat untuk diuji di Valencia oleh pasukan Sepanyol itu pada akhir November ini. Walaubagaimanapun, tawaran ini masih lagi dalam perbincangan bersama Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) dan Litar Antarabangsa Sepang. Jika kesemuanya berjalan lancar dan Zulfahmi dapat melepasi kelayakan yang ditetapkan, kita akan dapat saksikan pelumba negara ini yang akan beraksi dalam saingan MotoGP kategori 125cc untuk kesemua perlumbaan pada tahun hadapan.
 
Untuk itu, sama-sama kita doakan kejayaan anak jati Malaysia ini dan anak didik pasukan MODENAS ini berjaya mencapai matlamatnya dalam Kejuaraan MotoGP. Kejayaan Zulfahmi akan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia dan sekaligus membawa nama MODENAS bersamanya.
 
Untuk tatapan semua, disertakan semua petikan akhbar dari The Star & NST (27 Okt 09) serta Berita Harian sisipan EPG (29 Okt 09) berkenaan kejayaan pelumba MODENAS ini.
 
Sekian.
Read More »

Sunday, October 25, 2009

MODENAS CT110

MODENAS launched its new model CT110 on 23 Oct 2009. Here are photos of the motorcycles








Specification

Engine
Type 4-stroke single cylinder SOHC
Bore X Stroke 53 x 50.6 mm
Displacement 111 cc
Compression Ratio 9:3
Carburetor Keihin PB18 x 1
Ignition System Magneto to CD1
Starting System Kick and Eletric Starter
Cooling System Air cooled
Lubrication Forced lubrication wet

Transmission
Type 4-SPEED ROTARY
Clutch Centrifugal and wet multiple disc
Primary Reduction Ratio 3.048 (64/21)
Final Reduction Ratio 3.0 (42/14)
Driving System Chain

Chassis
Type Pipe backbone
Front Suspension Telescopic fork
Rear Suspension Trailing swing arm suspension
Front Brake Disc 220 mm
Rear Brake Drum 110 mm

Electrical System
Battery 12 V 3 Ah
Read More »

Monday, October 19, 2009

Nantikan Kelahiran 'Citarasa Terkini' MODENAS pada 23 Oktober 2009

Nantikan kelahiran 'Citarasa Terkini' MODENAS pada 23 Oktober 2009.

Sempena pelancaran motosikal terbaru ini, MODENAS telah melancarkan promosi pengenalan untuk memperkenalkan motosikal terbaru ini kepada semua.

Promosi dan iklan MODENAS boleh disaksikan di ASTRO melalui saluran Ria, Oasis, Prima dan Awani dalam semua promo untuk program Sehati Berdansa Musim ke 3 setiap hari bermula dari 15 Oktober 2009 sehingga 22 Oktober 2009.

Anda semua juga boleh mendengar promosi iklan pengenalan motosikal terbaru ini setiap hari di Radio HotFM, Era FM dan THR gegar (edisi Timur) bermula dari 15 Oktober 2009 sehingga 23 Oktober 2009.

Anda boleh layari laman web MODENAS di www.modenas.com.my untuk melihat dan mendengar iklan TV dan radio ini dan merasai sendiri kehangatan Citarasa Terkini MODENAS ini.

Saksikan juga web banner pengenalan motosikal terbaru ini di MODENAS website, forum www.gt128riders.com.my dan forum motosikal popular yang lain.

Serta anda boleh layari di link youtube di bawah untuk iklan TV pengenalan ini

http://www.youtube.com/watch?v=SUueiQ4e1CE

Disertakan iklan pengenalan TV, radio dan web banner motosikal ini untuk tatapan dan halwa telinga bersama.

Sila klik di link address dibawah :

http://intranet/p512/index.html

Bersama kita nantikan kelahiran 'Citarasa Terkini' MODENAS......

Sekian.

Read More »

Sunday, October 18, 2009

Saksikan Sehati Berdansa 3 Yang Dikuasakan Oleh MODENAS.....

Salam untuk semua.
 
Untuk pengetahuan semua, MODENAS sekali lagi menjadi penaja bersama untuk satu lagi program popular Astro, Sehati Berdansa untuk musim ke-3. Melalui penajaan ini, disamping mempromosikan jenama MODENAS, ini juga adalah untuk mempromosikan motosikal terbaru MODENAS yang akan dilancarkan pada 23 Oktober ini.
 
Kenapa MODENAS memilih program Sehati Berdansa Sebagai saluran terbaik untuk penjenamaan dan promosi: 
 
1. Peningkatan Jumlah Penonton Yang Tinggi (Target pasaran yang besar)
    Pertumbuhan pelanggan Astro menjangkau sehingga 113% sejak 2004 iaitu 2.7 million penonton dan dijangka lebih 12 million lagi potensi pelanggan Astro pada April 2010.
2. Lebih Pendedahan Untuk Penjenamaan MODENAS (Promosi & pengiklanan dalam satu pakej)
    Lebih banyak faedah untuk promosi dan pengiklanan melalui semua saluran dan platform Astro iaitu TV, radio, majalah, website dan interaktif online
3. Jumlah Penonton Melayu Yang Tinggi (Target pasaran MODENAS)
    Penonton Astro dari kalangan Melayu telah meningkat sehingga 260% sejak 2004 dan telah menjangkau 1.6 million pada April 2009.
4. Program Berkualiti Astro Dengan Rating Yang Tinggi
    Satu-satunya program yang menawarkan 24/7 hiburan untuk keluarga, konsert, event, fesyen & anugerah, berita dan informasi sebagai'one stop channel' untuk
    semua jenis dan kehendak pengiklanan serta promosi produk MODENAS. Daripada sumber AGB Nielsen Media Research, Sehati Berdansa musim ke-2 
    secara purata mencapai sehingga 2 million penonton untuk satu minggu selama 10 minggu ditayangkan. Untuk Malam Sehati Berdansa (konsert secara
    langsung) ia mencapai sehingga 3 million penonton jika dibandingkan dengan program di saluran Media Prima, 8TV iaitu 'So You Think You Can Dance
    Malaysia' hanya 855,000 penonton.Ini menunjukkan program ini adalah paltform terbaik untuk mencapai target pasaran MODENAS.
 
Oleh itu, jangan lupa untuk saksikan Program Sehati Berdansa 3 yang Dikuasakan Oleh MODENAS selama 11 minggu setiap hari mulai 17 Oktober 2009 hingga 3 Januari 2010.
 
Jadual program seperti yang dilampirkan.
 
Nantikan kelahiran 'Citarasa Terkini' MODENAS pada 23 Oktober 2009.....
 
Sekian.
Read More »

Thursday, October 15, 2009

Tahniah..! Zulfahmi, Pelumba MODENAS Terpilih Untuk Pelumba Wild Card GP

Salam untuk semua.
 
Tahniah kepada Zulfahmi Khairudin, pelumba MODENAS Yuzy Pachi Racing Team yang terpilih dalam pemilihan untuk pelumba Wild Card MotoGP Malaysia yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 24 - 25 Oktober ini.
 
Zulfahmi bersama seorang lagi pelumba telah diumum sebagai pelumba wild card negara bagi kategori 125cc pada pusingan ke-16 MotoGP musim 2009 ini.
 
Untuk tatapan bersama, disertakan laporan-laporan akhbar dan majalah sebelum dan selepas pengumuman keputusan pelumba wild card negara tersebut.  Sila lawat http://groups.yahoo.com/group/modenas_bike untuk membaca lapora2 akhbar 
 
Tahniah dan syabas kepada Zulfahmi.
 
Sekian.
 
 
Read More »

Saturday, October 3, 2009

Modenas To Use Greece And Iran As Gateways To New Markets
By Zainal Abdul Jalil
GURUN (Kedah), Nov 9, 2008 (Bernama) - Motosikal dan Engin Nasional Sdn Bhd (Modenas) plans to use Greece and Iran as gateways to markets in Europe and the Middle East to compete with well-known Japanese manufacturers.
Its chief executive officer Abdul Harith Abdullah, in stating this, said Modenas was also making preparations to enter the markets in Indonesia and Vietnam by middle of next year.
"Modenas needs to be ready to meet demand when the plans are finalised," he told Bernama here Friday.
Besides looking at the markets of Indonesia, Vietnam and Iran, Modenas was making preparations to increase its motorcycle production to 400,000 units per year, Abdul Harith said.
For the Indonesian market which has an annual demand of 4.5 million units, Modenas was targeting one percent or 50,000 units, he said, adding that for the Vietnamese market with annual demand of two million units, the company was aiming for five percent.
On Modenas' position in Greece, Abdul Harith said the company has been doing well by marketing about 80,000 units each year since entering the market 10 years ago.
"Although the top choice among the European community is the Japanese motorcycle which has long been in the market, Modenas is confident of getting a bigger share of the market through working with distributors," he said.
According to Abdul Harith, Modenas has been able to strengthen its position in Greece and break the traditional Japanese dominance because the company's motorcycles complied with all the European specifications, including the "green" standard."We will continue to be a major player in Greece and make it a transit point for Modenas to enter other markets in Europe in the next five years," he said.
On the market in Iran, Abdul Harith said exports have improved in the past four months with the company recently sending 3,000 units and orders were still being received. He said discussions to open an assembly plant in Iran had started with the major distributor there.
Abdul Harith said several new models have been identified for roll-out next year, including for the export markets.
He said the Kriss 120 model launched in August this year has received a good response with 10,000 units handed over and another 12,000 units in the process of delivery. The Kriss 120, he added, is expected to contribute half of the company's motorcycle sales next year, estimated at 500,000 units.
Modenas expects its motorcycle sales to reach 475,000 units this year, up by six percent from 2006 which recorded 450,000 units, Abdul Harith said. The company will continue the production of models like the Moped Kriss 100, Kriss 110 and Excite because of their popularity due to performance and quality as well as fuel efficiency, he said.
- BERNAMA
Read More »

MODENAS Dinamik in Greece

MODENAS Dinamik owner in Greece set up a club. To visit the club, click the following address

http://www.bikepics.com/modenas/dynamic125/08/member-list.asp
Read More »

Tuesday, September 8, 2009

Majlis Persidangan & Penyampaian Anugerah Wakil Pengedar & Stokis MODENAS 2009

Salam untuk semua.
 
Majlis Persidangan & Penyampaian Anugerah Wakil Pengedar & Stokis MODENAS 2009 telahpun diadakan pada 31 Julai 2009 bertempat di Kompleks Sukan Kriss, MODENAS Gurun, Kedah.
 
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Syed Mohamad Bin Syed Murtaza, Pengerusi Kumpulan DRB-Hicom Berhad merangkap Pengerusi MODENAS.
 
Seramai 105 wakil pengedar dan stokis yang telah menerima anugerah cemerlang mereka dalam 6 kategori iaitu 'Malaysia Top 50 Dealer 2009', 'Malaysia Most Improved Dealer 2009', 'Malaysia Top Bumi Dealer 2009', 'State Top Dealer 2009', 'Malaysia Top Stockist 2009' dan 'Malaysia Top MASD 2009'.
 
Sempena majlis ini juga, telah diadakan 'MODENAS Masters 2009' di Cinta Sayang Golf & Country Club,Sungai Petani pada 1 Ogos 2009.
 
Sekian.
Read More »

Thursday, September 3, 2009

Saksikan Iklan Raya MODENAS 2009 di ASTRO

Salam untuk semua.
 
Jangan lupa untuk saksikan Iklan Raya MODENAS 2009 eksklusif hanya di Saluran Astro Ria, Prima, Oasis, Awani dan Supersport bermula dari 10 September hingga 28 September 2009.
 
Anda juga boleh saksikan iklan terbaru MODENAS ini dengan melayari laman web MODENAS iaitu www.modenas.com.my dan juga melalui Youtube di link ini http://www.youtube.com/watch?v=F-LTD9IWAzc
 
Utamakan Keselamatan, Penuh Ceria Perjalanan.
 
Selamat Hari Raya dari MODENAS.
Read More »

Wednesday, September 2, 2009

Uniknya Ramadhan' MODENAS Bersama Hafiz AF7









Salam untuk semua.
'Uniknya Ramadhan' yang dibawakan oleh MODENAS bersama Hafiz AF7 telah ditayangkan di Astro Ria pada 1 September 2009 dan ulangan program ini masih lagi ditayangkan di saluran yang sama.
Untuk tatapan bersama, disertakan laporan dan foto sepanjang pengambaran program 'Uniknya Ramadhan' bersama Hafiz yang diadakan di sekitar Kuching, Sarawak.


Sekian.
Read More »

Tuesday, September 1, 2009

Mawi & MODENAS Bersama Meraikan Anak-Anak Yatim

MODENAS telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Rumah Anak -Anak Yatim Damai, Kuang, Selangor pada 26 Ogos 2009. Majlis bagi meraikan anak-anak yatim serta ibu-ibu tunggal di rumah kebajikan ini juga bersempena program 'Uniknya Ramadhan' episod bersama Mawi & Ekin.
 
Seramai 137 penghuni rumah ini telah diraikan dalam majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh Ketua pegawai Eksekutif MODENAS, En Abdul Harith Abdullah. Di majlis ini, MODENAS turut menyampaikan sumbangan dan cenderahati ikhlas kepada semua anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal.
 
Untuk tatapan semua, disertakan laporan serta foto-foto majlis tersebut. Juga laporan akhbar dari Utusan Malaysia pada 28 dan 31 Ogos 2009.
Read More »

Thursday, August 20, 2009

Pasangan Warga Emas Sertai Konvoi Motosikal MODENAS, Harian Metro, Edisi Timur, 17 Ogos 2009

Salam untuk semua.
 
'Walaupun berusia lebih separuh abad, sepasang suami isteri dari Indera Mahkota Pahang, masih gagah menyertai konvoi bermotosikal MODENAS sempena sambutan Kemerdekaan Ke 52 dan Kejuaraan Cub Prix Malaysia Pusingan 7 di Pekan', itulah antara petikan berita dalam Harian Metro, Edisi Timur pada 17 Ogos 2009.
 
Untuk tatapan bersama, disertakan keratan akhbar tersebut.
 
Selamat membaca.
 
Sekian.
 
 
 
Read More »

Wednesday, August 12, 2009

Jumpa MODENAS di MIREX 2009, Mines dan Cubprix Malaysia Pusingan 7, Pekan

Salam untuk semua.
 
Temui 'team' MODENAS pada minggu ini di tempat anda.
 
1. Malaysia International Road Safety Exhibition (MIREX) 2009
   
    Tempat : Mines International Exhibition & Convention Centre, The Mines
    Tarikh : 13 - 16 Ogos 2009
    Masa : 11.00 pg - 9.00 mlm
 
Pelbagai aktiviti dianjurkan oleh MODENAS sepanjang program 4 hari ini berlangsung seperti pameran produk MODENAS dan jualan motosikal dengan harga menarik dari wakil pengedar. Terdapat juga Kempen Servis dan pertunjukan 'stunt' dari MODENAS pada 16/8/09.
 
2. Kejuaraan Cubprix Malaysia AAM, Pusingan 7, Pekan
 
    Tempat : Litar Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang 
    Tarikh : 15 - 16 Ogos 2009
 
Saksikan sekali lagi pasukan 'MODENAS Yuzy Pachi Racing Team' meneruskan cabaran dalam Kejuaraan Cubprix ini dengan misi untuk mencari podium yang seterusnya. Selain itu, aktiviti-aktiviti menarik di booth promosi MODENAS akan dijalankan seperti aksi 'stunt' dari pekerja MODENAS sendiri. Aktiviti berkonvoi motosikal MODENAS juga akan menarik perhatian pengunjung di Cubprix nanti.
 
Jangan lupa untuk berjumpa dengan semua 'team' Modenas di sana. Sila hebahkan kepada rakan-rakan serta keluarga anda yang berdekatan lokasi program untuk sama-sama memeriahkan semua aktiviti dan berkunjung ke booth MODENAS.
 
Jumpa anda di sana.....!
 
Sekian. 
Read More »

Monday, August 10, 2009

MODENAS Di Sana Sini Julai 2009

MODENAS meneruskan aktiviti promosi bergerak ke seluruh negara dengan menyertai pelbagai program yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak. Disamping menyokong aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ini, penyertaan MODENAS adalah untuk mempromosikan motosikal keluaran MODENAS terutama GT128 serta berpeluang bertemu dengan pengguna MODENAS secara lebih dekat. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan di setiap lokasi program yang disertai.
 
Untuk Julai 2009, MODENAS telah menyertai pelbagai program seperti :
 
1. Kelantan Autoshow 2009
    Tarikh : 14 - 18 Julai 2009
    Tempat : Perkarangan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bahru, kelantan
 
2. 'Ju Rami-Rami Reunion AF7'
    Tarikh : 25 Julai 2009
    Tempat : Padang Merdeka, Kuching, Sarawak
 
3. Hari Pengguna 2009
    Tarikh : 24 - 26 Julai 2009
    Tempat : Kuantan, Pahang
 
Disertakan bersama berita lengkap program-program bersama foto untuk tatapan anda semua.
Read More »

Iklan Merdeka MODENAS: Salam Kemerdekaan ke 52 Dari MODENAS, Terima Kasih Malaysia..........

Salam untuk semua.
 
MODENAS mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 52 Malaysia kepada semua. Kemajuan MODENAS lambang penyatuan 1 Malaysia. 1 MODENAS, 1 Matlamat, 1 Malaysia.
 
Sempena kemerdekaan ini, saksikan iklan Merdeka dari MODENAS untuk sama-sama kita merasai bahang kemerdekaan ini.
 
Anda semua boleh saksikan iklan Merdeka ini bermula hari ini, 10 Ogos '09 sehingga 6 September '09 di saluran Astro Ria, Prima, Oasis, Awani dan Supersport.
 
Anda juga boleh layari iklan Merdeka ini di www.modenas.com.my dan Youtube di http://www.youtube.com/watch?v=bPs2B92hGgw
 
Salam Kemerdekaan Ke 52 dari MODENAS. Terima Kasih Malaysia...........
 
'1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'
 
Sekian. 
Read More »

Friday, August 7, 2009

Gempak Desa Astro, Pontian

Untuk makluman semua, team MODENAS akan berada di Padang Awam Pontian, Johor bersempena dengan program Gempak Desa Astro yang akan berlangsung pada 8 Ogos 2009 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
 
Kepada mereka yang mempunyai kelapangan dan berada disekitar Pontian atau berhampiran dengannya, silalah berkunjung ke booth MODENAS. Terdapat jualan motosikal dan cenderahati serta beberapa aktiviti menarik disepanjang program tersebut.
 
Sekian, terima kasih.
Read More »

Thursday, July 30, 2009

Majlis Persidangan dan Penyampaian Anugerah Wakil Pengedar dan Stokis MODENAS 2009

Salam untuk semua.
 
Majlis Persidangan dan Penyampaian Anugerah Wakil Pengedar dan Stokis MODENAS 2009 akan berlangsung pada 31 Julai 2009 bertempat di Kompleks Sukan Kriss, MODENAS, Gurun Kedah.
 
Sebanyak 6 kategori dengan 105 pemenang Anugerah Terbaik Wakil Pengedar dan Stokis akan disampaikan pada hari tersebut.
 
Yang Berbahagia Dato' Syed Mohamad Bin Syed Murtaza, Pengerusi Kumpulan DRB-HICOM merangkap Pengerusi MODENAS akan merasmikan majlis tersebut.
 
Majlis anugerah ini diadakan bagi menghargai dan meraikan pencapaian cemerlang wakil pengedar dan stokis yang berjaya mencapai tahap yang ditentukan oleh MODENAS sepanjang tempoh 2008/2009.
Read More »

FW: MODENAS di tempat anda

Salam untuk semua.
 
MODENAS akan menjelajah ke tempat anda dengan aktiviti promosi pada minggu ini. Temui 'Team MODENAS' di tempat anda seperti berikut :
 
1. Gempak Desa Astro
    Pekan , Pahang
    1 Ogos 2009
 
2. Malaysian Cubprix Championship 2009 - Round 6
    Perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang
    1 - 2 Ogos 2009
 
Saksikan MODENAS Yuzi Pachi Racing Team berentap menawan Batu Kawan pada minggu ini.   
Read More »

Thursday, February 19, 2009

MODENAS dengan bulan dakwah

Salam untuk semua!

Bulan Dakwah Peringkat Kebangsaan 2009 dilancarkan oleh DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong kelmarin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang bertemakan 'Wahdah Pemangkin Khaira Ummah' ini bermula dari 15 Februari hingga 31 Mac 2009.

Antara aktiviti yang dijalankan sempena program ini ialah Kembara Dakwah Motosikal di mana MODENAS telah bersetuju untuk menaja (pinjaman) motosikal konvoi sebanyak 13 unit bagi merealisasikan kembara tersebut.

Kembara tersebut akan bermula pada 22 Februari 2009 dengan taklimat bagi peserta kembara dan majlis pelepasan Kembara Dakwah ini akan dilakukan pada 23hb Februari 2009 di Masjid Negara jam 9.30 pagi oleh Y.B Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan akan berakhir pada 26 Februari 2009 dengan menjelajah selatan Semenanjung.

Bersama-samalah kita mendoakan kejayaan kembara ini dan semua peserta selamat di sepanjang perjalanan.

Kami amat menghargai kerjasama anda semua untuk menghebahkan kepada rakan-rakan, saudara-mara, para pelanggan serta rakan-rakan perniagaan dalam usaha mempromosikan Modenas di pasaran.

Terima kasih
Read More »