Tuesday, September 8, 2009

Majlis Persidangan & Penyampaian Anugerah Wakil Pengedar & Stokis MODENAS 2009

Salam untuk semua.
 
Majlis Persidangan & Penyampaian Anugerah Wakil Pengedar & Stokis MODENAS 2009 telahpun diadakan pada 31 Julai 2009 bertempat di Kompleks Sukan Kriss, MODENAS Gurun, Kedah.
 
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Syed Mohamad Bin Syed Murtaza, Pengerusi Kumpulan DRB-Hicom Berhad merangkap Pengerusi MODENAS.
 
Seramai 105 wakil pengedar dan stokis yang telah menerima anugerah cemerlang mereka dalam 6 kategori iaitu 'Malaysia Top 50 Dealer 2009', 'Malaysia Most Improved Dealer 2009', 'Malaysia Top Bumi Dealer 2009', 'State Top Dealer 2009', 'Malaysia Top Stockist 2009' dan 'Malaysia Top MASD 2009'.
 
Sempena majlis ini juga, telah diadakan 'MODENAS Masters 2009' di Cinta Sayang Golf & Country Club,Sungai Petani pada 1 Ogos 2009.
 
Sekian.

No comments: