Monday, November 2, 2009

Zulfahmi, Pelumba Wild Card Negara Dapat Tawaran Ke Perlumbaan Kebangsaan Sepanyol

Salam untuk semua.
 
Mohd Zulfahmi, pelumba Wild Card negara dalam saingan MotoGP Malaysia 2009 telah ditawarkan untuk berlumba dalam saingan Kebangsaan Sepanyol oleh pasukan Ongette I.S.P.A Sepanyol selepas aksi cemerlangnya pada MotoGP Malaysia lepas. Zulfahmi yang juga merupakan pelumba MODENAS Yuzi Pachi dalam saingan Cubprix Malaysia sekaligus telah menaikkan dan membawa nama MODENAS bersama kejayaannya.
 
Zulfahmi yang mendapat tempat ke-20 dalan saingan MotoGP ditawarkan tempat untuk diuji di Valencia oleh pasukan Sepanyol itu pada akhir November ini. Walaubagaimanapun, tawaran ini masih lagi dalam perbincangan bersama Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) dan Litar Antarabangsa Sepang. Jika kesemuanya berjalan lancar dan Zulfahmi dapat melepasi kelayakan yang ditetapkan, kita akan dapat saksikan pelumba negara ini yang akan beraksi dalam saingan MotoGP kategori 125cc untuk kesemua perlumbaan pada tahun hadapan.
 
Untuk itu, sama-sama kita doakan kejayaan anak jati Malaysia ini dan anak didik pasukan MODENAS ini berjaya mencapai matlamatnya dalam Kejuaraan MotoGP. Kejayaan Zulfahmi akan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia dan sekaligus membawa nama MODENAS bersamanya.
 
Untuk tatapan semua, disertakan semua petikan akhbar dari The Star & NST (27 Okt 09) serta Berita Harian sisipan EPG (29 Okt 09) berkenaan kejayaan pelumba MODENAS ini.
 
Sekian.
Read More »