Thursday, August 20, 2009

Pasangan Warga Emas Sertai Konvoi Motosikal MODENAS, Harian Metro, Edisi Timur, 17 Ogos 2009

Salam untuk semua.
 
'Walaupun berusia lebih separuh abad, sepasang suami isteri dari Indera Mahkota Pahang, masih gagah menyertai konvoi bermotosikal MODENAS sempena sambutan Kemerdekaan Ke 52 dan Kejuaraan Cub Prix Malaysia Pusingan 7 di Pekan', itulah antara petikan berita dalam Harian Metro, Edisi Timur pada 17 Ogos 2009.
 
Untuk tatapan bersama, disertakan keratan akhbar tersebut.
 
Selamat membaca.
 
Sekian.
 
 
 
Read More »

Wednesday, August 12, 2009

Jumpa MODENAS di MIREX 2009, Mines dan Cubprix Malaysia Pusingan 7, Pekan

Salam untuk semua.
 
Temui 'team' MODENAS pada minggu ini di tempat anda.
 
1. Malaysia International Road Safety Exhibition (MIREX) 2009
   
    Tempat : Mines International Exhibition & Convention Centre, The Mines
    Tarikh : 13 - 16 Ogos 2009
    Masa : 11.00 pg - 9.00 mlm
 
Pelbagai aktiviti dianjurkan oleh MODENAS sepanjang program 4 hari ini berlangsung seperti pameran produk MODENAS dan jualan motosikal dengan harga menarik dari wakil pengedar. Terdapat juga Kempen Servis dan pertunjukan 'stunt' dari MODENAS pada 16/8/09.
 
2. Kejuaraan Cubprix Malaysia AAM, Pusingan 7, Pekan
 
    Tempat : Litar Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang 
    Tarikh : 15 - 16 Ogos 2009
 
Saksikan sekali lagi pasukan 'MODENAS Yuzy Pachi Racing Team' meneruskan cabaran dalam Kejuaraan Cubprix ini dengan misi untuk mencari podium yang seterusnya. Selain itu, aktiviti-aktiviti menarik di booth promosi MODENAS akan dijalankan seperti aksi 'stunt' dari pekerja MODENAS sendiri. Aktiviti berkonvoi motosikal MODENAS juga akan menarik perhatian pengunjung di Cubprix nanti.
 
Jangan lupa untuk berjumpa dengan semua 'team' Modenas di sana. Sila hebahkan kepada rakan-rakan serta keluarga anda yang berdekatan lokasi program untuk sama-sama memeriahkan semua aktiviti dan berkunjung ke booth MODENAS.
 
Jumpa anda di sana.....!
 
Sekian. 
Read More »

Monday, August 10, 2009

MODENAS Di Sana Sini Julai 2009

MODENAS meneruskan aktiviti promosi bergerak ke seluruh negara dengan menyertai pelbagai program yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak. Disamping menyokong aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ini, penyertaan MODENAS adalah untuk mempromosikan motosikal keluaran MODENAS terutama GT128 serta berpeluang bertemu dengan pengguna MODENAS secara lebih dekat. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan di setiap lokasi program yang disertai.
 
Untuk Julai 2009, MODENAS telah menyertai pelbagai program seperti :
 
1. Kelantan Autoshow 2009
    Tarikh : 14 - 18 Julai 2009
    Tempat : Perkarangan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bahru, kelantan
 
2. 'Ju Rami-Rami Reunion AF7'
    Tarikh : 25 Julai 2009
    Tempat : Padang Merdeka, Kuching, Sarawak
 
3. Hari Pengguna 2009
    Tarikh : 24 - 26 Julai 2009
    Tempat : Kuantan, Pahang
 
Disertakan bersama berita lengkap program-program bersama foto untuk tatapan anda semua.
Read More »

Iklan Merdeka MODENAS: Salam Kemerdekaan ke 52 Dari MODENAS, Terima Kasih Malaysia..........

Salam untuk semua.
 
MODENAS mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 52 Malaysia kepada semua. Kemajuan MODENAS lambang penyatuan 1 Malaysia. 1 MODENAS, 1 Matlamat, 1 Malaysia.
 
Sempena kemerdekaan ini, saksikan iklan Merdeka dari MODENAS untuk sama-sama kita merasai bahang kemerdekaan ini.
 
Anda semua boleh saksikan iklan Merdeka ini bermula hari ini, 10 Ogos '09 sehingga 6 September '09 di saluran Astro Ria, Prima, Oasis, Awani dan Supersport.
 
Anda juga boleh layari iklan Merdeka ini di www.modenas.com.my dan Youtube di http://www.youtube.com/watch?v=bPs2B92hGgw
 
Salam Kemerdekaan Ke 52 dari MODENAS. Terima Kasih Malaysia...........
 
'1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'
 
Sekian. 
Read More »

Friday, August 7, 2009

Gempak Desa Astro, Pontian

Untuk makluman semua, team MODENAS akan berada di Padang Awam Pontian, Johor bersempena dengan program Gempak Desa Astro yang akan berlangsung pada 8 Ogos 2009 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
 
Kepada mereka yang mempunyai kelapangan dan berada disekitar Pontian atau berhampiran dengannya, silalah berkunjung ke booth MODENAS. Terdapat jualan motosikal dan cenderahati serta beberapa aktiviti menarik disepanjang program tersebut.
 
Sekian, terima kasih.
Read More »