Monday, May 12, 2014

Ride Itik to Koh Samui - Samui Bike Week 2014 Part 4

Someone suggest I should write in Bahasa Melayu mmmmmm OK I'll try for part 4

Selepas semua peserta ditempatkan dibilik masing2 atas kerelaan sendiri... Nan si translator melakukan checking. Dia hubungi setiap bilik untuk memastikan semua perserta seramai 24 orang ada di bilik masing2

Nan ; "Hello ini Yusri ka?"
Penghuni bilik : "Tak"
Nan : "Ni kembag ka?"
Penghuni bilik : ????

Hahaha terpinga2 bila dia nama kembag pula. Ceritanya sewaktu menyusun bilik apabila giliran Yusri tiba, aku bertanya siapa room mate? Yusri jawab kembag dia nah aku tulis ja Yusri + kembag. Nan yang lurus pula baca 100% kelakarkan
Yusri dan kembag
Percaya tak saya belum tahu lagi nama kembag Yusri ni walaupun kami dah melawak banyak kali dah.

Pukul 10.30 malam, hampir semua sudah berada di lobi hotel.Poksu, Syamel dn Riz dah lama menunggu. Tengok je la muka2 mereka dah pun bercampur tension. Pak Ndak cuba menghiburkan tapi tak berkesan kalau dilihat pada riak muka Poksu
Entah apa yang Poksu cakapkan dengan kakitangan hotel tiba2 dia bagi tau "tempat makan balik nu ja. jalan kaki pun boleh" Pakat2 ikut la Poksu. Tak jumpa2 pun. Yang jumpa kedai massage. Sebahagian dah balik ke hotel ambil motor manakala sebahagian lagi terus ikut Poksu. Kami ke pasar Surat Thani seperti yang disarankan motor taxi.

Tapau je sebab tempat duduk tak der. Harga makanan memang murah. Nasi ayam campur ikan sekor - RM4 macam tu
On the way balik... Yusri jumpa duit 50baht. Memang si Yusri ni bertuah orangnya. Sampai sudah tak tau dia buat apa dengan duit tu... Jangan buat ibu duit dah la ye Yusri

Balik bilik pakat makan sendiri2. Dah berpecah semua jadi tak tahu mana dan dimana semua peserta. Keletihan... nak tidur je tapi mata tak mau lena.. capai kunci motor dan turun. Well nak ke mana pula ni....

Me : "Sawadikap.... pai wang saw"
Motor taxi : "OK OK good. Follow follow"

Ciss tau cakap omputih pula.

Ngekor la aku pusing2 di dalam pekan ni. Besar juga la. Sampai la tempat dituju. No photo allowed here hihihi pm la kalau nak photo kat sini. Tu dia sebaris jalan penuh... Orang kata kalau nak tengok nite life di sesuatu tempat macam ni la. Well, parking motor dan jalan2. Don't ask me where I am. I also don't know. Dah puas cuci mata balik kat tempat parking. Nampak sedikit kehampaan pada motor taxi tadi. Mungkin sebab balik sorang hihihi padan muka siapa suruh tunggu.

Motor taxi : "Pai nai?"
Me : "Pai nih pai nuh"
Motor taxi : "OK OK follow"

Go around lagi pusing2 pekan. Tak tahu kemana dia bawa. Habis pub, karaoke dan macam2 lagi tiba2 dengar bunyi gema bass yang kuat. Uit ada juga. Jom check it out. Malam ni masuk tak kena duit. Jalan2 kat dalam. Haaaa lama betul tak dengar bass cenggini. Tak nak dok lama kat tempat ni. Nampak banyak sangat syetan2 hahaha. Dah dah keluar ko dari sini. Jadi la layan bass 15 minit sekupang pun tak keluar. Laaa dia ada lagi...

Me : "Go hotel"
Sambil angguk2 jalan

Rasa lama juga baru sampai hotel. Sampai kat hotel...

Me : "Ngein kon"
Motor taxi : "Ning set ha men"

Keluarkan 200 baht bagi je la. "No no you keep. I am happy tonight."

Habis dah kot malam ku...

3 comments:

Unknown said...

Tima kasih

Anonymous said...

Haha thank you for your lovely post more interesting journey. ...if there are another trip pls invite ladies too, wanna join you guys if don't mind tokcik join the ride.

Thank you
Ixorna
ixornahana@rocketmail.com

Lemonade said...

Alamak.... just ready your comment... missed it. Sorry. Sure we don't mint. Infact we have many trips in the past two years... you may find our trip in FB page https://www.facebook.com/rideitikadv/ or my FB https://www.facebook.com/omaothman
I do not accept strangers lately due to privacy issue. message me after you send me your friend request.

Thanks... cheers