Thursday, April 17, 2014

Solo Ride Itik Ke Phuket Bike Week 2014 : Day 2, Jumaat, 11-April-2014

Sambungan dari: “Esok masih ada perjalanan kira-kira 450km lagi…..”                                          

Fasa 1 : Hatyai - Krabi

Seawal 6.30 pagi, dah terjaga dan membuat persiapan. Sekali lagi aku pastikan dokumen perjalanan berada di dalam simpanan. Aku hanya bersarapan di dalam bilik ajer (Roti Bun + Nescafe) sambil melayan Google Maps untuk memastikan hala tuju yang betul. Keluar dari hotel sekitar 8.15 pagi, terus ke stesen minyak untuk isian penuh (2.35 liter RON 95 = THB 90.00). Untuk pengetahuan, petrol dalam tangki masih ada lagi akan tetapi di sebabkan aku jenis yang tak berapa suka nak bawak tong minyak tambahan, maka aku ambil langkah selamat memastikan tangki petrol penuh.

Plan perjalanan untuk 100km pertama adalah dari Hatyai ke PTT Traisuwan, Phattalung. Aku menunggang masuk ke highway utama sekitar jam 8.45 pagi dari Bandar Hatyai. Di sepanjang jalan ke Phattalung, aku terjumpa dengan “Big Bro” (bahasa aku untuk bikers yang menunggang motosikal berkuasa tinggi). Ada yang berhenti untuk bersarapan dan ada pula yang sedang mengisi petrol. Aku teruskan sahaja perjalananku sebab aku tahu aku cuma Ride Itik ajer…

Tak lama kemudian aku terjumpa pula dengan grup konvoi Harley. Wow !! Ramainya boleh tahan jugak, siap ada kereta pengiring 4 x 4 bersama treler. Seronok sikit sebab ada teman di atas jalanraya walaupun tak kenal. Dalam dok berkira-kira nak ikut grup Harley tu, hasratku tidak kesampaian. Dah nama pun Harley, diaorang pulas jer trotel (throttle), tinggal aku bertiang-tiang sampai ilang daripada pandangan mata. Jadi Lone Rangerlah aku all the way to Phattalung.
Keadaan jalanraya di sini juga kurang memuaskan di kebanyakan tempat terutama lorong sebelah kiri. Jika anda menunggang di kawasan ini, mohon berhati-hati dan “stay focus” naa….

Kurang lebih jam 10.10 pagi, aku sampai di PTT Phattalung dan berhenti untuk menambah tenaga sebelum ke Trang. Nasib sungguh baik sebab ada Wi-fi percuma di sini, maka bolehlah aku update FB. Terima kasih kepada rakan-rakan FB yang bagi sokongan moral untuk aku meneruskan misi Solo Ride Itik ke Phuket.
Laluan ke Krabi

Plan seterusnya menuju Krabi kira-kira 193km daripada Phatthalung. Baru ajer nak mengisi tangki petrol dengan tetiba ajer grup “Big Bro” sampai.

Alleymak….sesak pulak stesen minyak, tak jadilah nak tambah minyak. Aku pun meneruskan perjalanan dan singgah di PT Petrol Station (2.05 liter RON 91 = THB 80.00), lebih kurang 6 km daripada PTT Phatthalung. Pemandangan di sini penuh dengan kehijauan bercampur selekoh-selekoh yang sedap di layan sehinggalah tiba di kawasan di mana jalan sedang di naik taraf. Di sini aku berjumpa dengan “Big Bro” (BMW plet TAY XXXX) yang sedang dalam perjalanan ke Phuket bersama-sama rakannya yang lain.
Phatthalung ke Trang: Itik main debu - 30 km/j ajer…

Keadaan jalan kembali normal sehingga tiba di pinggir Bandar Trang di mana aku berjumpa dengan “Big Bro” yang lain. Sempat jugak bersembang sementara menunggu lampu trafik bertukar hijau.
JNP XXXX….Thumbs up!

Sampai ke Bandar Trang aku ikut “Big Bro”, terserempak pulak dengan kedai bundle kasut. “Pehh….pi ushar-ushar pun bagus jugak”.
Hmm….macam sodap ajer...

Hampir 25 minit melayan kasut-kasut bundle tu, aku teruskan perjalanan ke stesen Esso yang berhampiran untuk isian petrol ke Krabi (1.9 liter RON 91 = THB 74.00). Mengikut papan tanda jalanraya, ada lebih kurang 141 km lagi nak sampai ke Krabi.
Di Trang pukul 11.40 pagi

Kira-kira jam 12.41 tengahari, aku singgah di PTT Sai Khao untuk mengisi perut yang dah mula mendendangkan lagu Keroncong Untuk Ana. Sewaktu berhenti di sini terdapat dua grup konvoi “Big Bro” yang aku jumpa. Entah berapa lama diorang sampai pun tak tahulah, yang penting perut yang mahu di isi.

Itik yang paling kecik parking di sini mehh…Di sebelah aku ialah grup dari Kapar, Kelang.
Macam-macam ada….

Agak lama juga di sini sebab dok update FB (Wi-fi percuma), sambil bertegur sapa dengan bikers daripada Kapar, Kelang. Plan seterusnya ke Krabi sebab tengok papan tanda tadi dah tak berapa jauh, lebih kurang 5+ km sahaja lagi.

Keadaan jalan di sini masih lagi di naik taraf kepada dua lorong. Aku jangkakan perjalanan pasti akan menjadi mudah sekiranya jalan ini telah siap nanti. Di pertengahan jalan, aku bertemu semula dengan “Big Bro” yang naik BMW plet TAY XXXX bersama-sama rakan konvoi beliau. Sempat angkat tangan ajerlah hehehe….ingatkan diaorang dah sampai, rupanya tidak.

Di pertengahan jalan, aku berhenti sekali lagi, kali ini rasa macam nak membuang pulak hehehe…Kebetulan ternampak stesen minyak maka legalah aku kerana dapat menunaikan hajat yang terpendam. Tumpang berhenti aku tambah petrol lagi walaupun ianya mampu bertahan sehingga ke Bandar Krabi ( 1.79 liter RON 91 = THB 80.00).
Ahh…lega rasanya…(pukul 1.43 tengahari).

Selesai segalanya, aku terus ke Bandar Krabi yang terletak kira-kira 20km daripada stesen minyak tadi. Di sini aku terserempak lagi dengan kedai bundle kasut…hahaha, macam best ajer, apalagi….singgah jangan tak singgah der
Khazanah di dalam van…..layanzz….

Aku lihat awan-awan hitam mulai berkumpul. Alamak…ini tandanya hujan mau turun. Setelah beramah mesra dengan Bro Non (Tokeh Kedai) aku pun meneruskan misi Solo Ride Itik ini yang tinggal lagi kira-kira 150km untuk ditamatkan. Sewaktu menuju ke simpang menghala ke Phang Nga aku terpegun melihat keadaan bumi ciptaan Allah ini..Subhanallah…memang awesome bagi aku (sebab first time lalu kot sini, orang lain tak tahulah…).
Melayan keindahan bumi Allah…bestnyer…

Bersambung catatan seterusnya, Krabi – Phuket…

No comments: