Sunday, October 18, 2009

Saksikan Sehati Berdansa 3 Yang Dikuasakan Oleh MODENAS.....

Salam untuk semua.
 
Untuk pengetahuan semua, MODENAS sekali lagi menjadi penaja bersama untuk satu lagi program popular Astro, Sehati Berdansa untuk musim ke-3. Melalui penajaan ini, disamping mempromosikan jenama MODENAS, ini juga adalah untuk mempromosikan motosikal terbaru MODENAS yang akan dilancarkan pada 23 Oktober ini.
 
Kenapa MODENAS memilih program Sehati Berdansa Sebagai saluran terbaik untuk penjenamaan dan promosi: 
 
1. Peningkatan Jumlah Penonton Yang Tinggi (Target pasaran yang besar)
    Pertumbuhan pelanggan Astro menjangkau sehingga 113% sejak 2004 iaitu 2.7 million penonton dan dijangka lebih 12 million lagi potensi pelanggan Astro pada April 2010.
2. Lebih Pendedahan Untuk Penjenamaan MODENAS (Promosi & pengiklanan dalam satu pakej)
    Lebih banyak faedah untuk promosi dan pengiklanan melalui semua saluran dan platform Astro iaitu TV, radio, majalah, website dan interaktif online
3. Jumlah Penonton Melayu Yang Tinggi (Target pasaran MODENAS)
    Penonton Astro dari kalangan Melayu telah meningkat sehingga 260% sejak 2004 dan telah menjangkau 1.6 million pada April 2009.
4. Program Berkualiti Astro Dengan Rating Yang Tinggi
    Satu-satunya program yang menawarkan 24/7 hiburan untuk keluarga, konsert, event, fesyen & anugerah, berita dan informasi sebagai'one stop channel' untuk
    semua jenis dan kehendak pengiklanan serta promosi produk MODENAS. Daripada sumber AGB Nielsen Media Research, Sehati Berdansa musim ke-2 
    secara purata mencapai sehingga 2 million penonton untuk satu minggu selama 10 minggu ditayangkan. Untuk Malam Sehati Berdansa (konsert secara
    langsung) ia mencapai sehingga 3 million penonton jika dibandingkan dengan program di saluran Media Prima, 8TV iaitu 'So You Think You Can Dance
    Malaysia' hanya 855,000 penonton.Ini menunjukkan program ini adalah paltform terbaik untuk mencapai target pasaran MODENAS.
 
Oleh itu, jangan lupa untuk saksikan Program Sehati Berdansa 3 yang Dikuasakan Oleh MODENAS selama 11 minggu setiap hari mulai 17 Oktober 2009 hingga 3 Januari 2010.
 
Jadual program seperti yang dilampirkan.
 
Nantikan kelahiran 'Citarasa Terkini' MODENAS pada 23 Oktober 2009.....
 
Sekian.

No comments: