Wednesday, August 12, 2009

Jumpa MODENAS di MIREX 2009, Mines dan Cubprix Malaysia Pusingan 7, Pekan

Salam untuk semua.
 
Temui 'team' MODENAS pada minggu ini di tempat anda.
 
1. Malaysia International Road Safety Exhibition (MIREX) 2009
   
    Tempat : Mines International Exhibition & Convention Centre, The Mines
    Tarikh : 13 - 16 Ogos 2009
    Masa : 11.00 pg - 9.00 mlm
 
Pelbagai aktiviti dianjurkan oleh MODENAS sepanjang program 4 hari ini berlangsung seperti pameran produk MODENAS dan jualan motosikal dengan harga menarik dari wakil pengedar. Terdapat juga Kempen Servis dan pertunjukan 'stunt' dari MODENAS pada 16/8/09.
 
2. Kejuaraan Cubprix Malaysia AAM, Pusingan 7, Pekan
 
    Tempat : Litar Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang 
    Tarikh : 15 - 16 Ogos 2009
 
Saksikan sekali lagi pasukan 'MODENAS Yuzy Pachi Racing Team' meneruskan cabaran dalam Kejuaraan Cubprix ini dengan misi untuk mencari podium yang seterusnya. Selain itu, aktiviti-aktiviti menarik di booth promosi MODENAS akan dijalankan seperti aksi 'stunt' dari pekerja MODENAS sendiri. Aktiviti berkonvoi motosikal MODENAS juga akan menarik perhatian pengunjung di Cubprix nanti.
 
Jangan lupa untuk berjumpa dengan semua 'team' Modenas di sana. Sila hebahkan kepada rakan-rakan serta keluarga anda yang berdekatan lokasi program untuk sama-sama memeriahkan semua aktiviti dan berkunjung ke booth MODENAS.
 
Jumpa anda di sana.....!
 
Sekian. 

No comments: