Thursday, July 30, 2009

Majlis Persidangan dan Penyampaian Anugerah Wakil Pengedar dan Stokis MODENAS 2009

Salam untuk semua.
 
Majlis Persidangan dan Penyampaian Anugerah Wakil Pengedar dan Stokis MODENAS 2009 akan berlangsung pada 31 Julai 2009 bertempat di Kompleks Sukan Kriss, MODENAS, Gurun Kedah.
 
Sebanyak 6 kategori dengan 105 pemenang Anugerah Terbaik Wakil Pengedar dan Stokis akan disampaikan pada hari tersebut.
 
Yang Berbahagia Dato' Syed Mohamad Bin Syed Murtaza, Pengerusi Kumpulan DRB-HICOM merangkap Pengerusi MODENAS akan merasmikan majlis tersebut.
 
Majlis anugerah ini diadakan bagi menghargai dan meraikan pencapaian cemerlang wakil pengedar dan stokis yang berjaya mencapai tahap yang ditentukan oleh MODENAS sepanjang tempoh 2008/2009.

No comments: