This blog is about MODENAS motorcycles. Be it the owner, seller or the admirer.... Related blogspot meunt.blogspot.com and modenasworld.blogspot.com
Thursday, December 17, 2009
Wednesday, December 16, 2009
GT128 Advertisement in Iranian newspaper

The above advertisement appear in Iranian newspaper. More detail not available. Understood that GT128 shall be introduced to Iranian market soon under brand name Galaxy GT130. Price not available
Wednesday, December 9, 2009
New Passion 125
MODENAS telah menampilkan versi terbaru skuter PASSION 125 dengan pilihan Warna dan Grafik yang terkini sesuai dengan jiwa remaja yang sentiasa mewarnai ekspresi gaya hidup yang aktif, bebas dan inginkan perubahan dengan gaya tersendiri.
Cetusan warna-warna pastel dan grafik terbaru ini lahir daripada inspirasi jiwa remaja yang ternyata mempersonakan.
Pengenalan PASSION 125 terbaru ini yang telahpun memasuki pasaran bermula Disember tadi menampilkan 3 warna pilihan iaitu Merah Baldu, Biru Satin dan Jingga Pelangi. Harga jualan masih dikekalkan iaitu RM4,302.00.
Dilampirkan laporan pengenalan PASSION 125 dengan Warna dan Grafik terbaru ini untuk tatapan bersama.




"MODENAS PASSION 125, WARNA JIWA REMAJA"
Monday, November 2, 2009
Zulfahmi, Pelumba Wild Card Negara Dapat Tawaran Ke Perlumbaan Kebangsaan Sepanyol
Salam untuk semua.
Mohd Zulfahmi, pelumba Wild Card negara dalam saingan MotoGP Malaysia 2009 telah ditawarkan untuk berlumba dalam saingan Kebangsaan Sepanyol oleh pasukan Ongette I.S.P.A Sepanyol selepas aksi cemerlangnya pada MotoGP Malaysia lepas. Zulfahmi yang juga merupakan pelumba MODENAS Yuzi Pachi dalam saingan Cubprix Malaysia sekaligus telah menaikkan dan membawa nama MODENAS bersama kejayaannya.
Zulfahmi yang mendapat tempat ke-20 dalan saingan MotoGP ditawarkan tempat untuk diuji di Valencia oleh pasukan Sepanyol itu pada akhir November ini. Walaubagaimanapun, tawaran ini masih lagi dalam perbincangan bersama Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) dan Litar Antarabangsa Sepang. Jika kesemuanya berjalan lancar dan Zulfahmi dapat melepasi kelayakan yang ditetapkan, kita akan dapat saksikan pelumba negara ini yang akan beraksi dalam saingan MotoGP kategori 125cc untuk kesemua perlumbaan pada tahun hadapan.
Untuk itu, sama-sama kita doakan kejayaan anak jati Malaysia ini dan anak didik pasukan MODENAS ini berjaya mencapai matlamatnya dalam Kejuaraan MotoGP. Kejayaan Zulfahmi akan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia dan sekaligus membawa nama MODENAS bersamanya.
Untuk tatapan semua, disertakan semua petikan akhbar dari The Star & NST (27 Okt 09) serta Berita Harian sisipan EPG (29 Okt 09) berkenaan kejayaan pelumba MODENAS ini.
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)

