Tuesday, October 19, 2010

Service Percuma MODENAS

Read More »

Wednesday, October 13, 2010

Aktiviti Minggu Ini 14 ~ 17 October 2010

 
Salam buat semua,
 
Minggu ini beberapa peristiwa penting berlangsung yang melibatkan MODENAS.
 
1.  Exhibition : International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia 2010 (IGEM)
     Date : 14 - 17 October 2010
     Venue : Kuala Lumpur Convention Centre
     Time : 10.00am to 10.00pm

 IGEM 2010 ialah satu persidangan antarabangsa tentang Teknologi Hijau yang semakin diperkatakan serta ditekankan oleh semua pihak bagi memastikan bumi dipelihara dengan baik serta mengurangkan pencemaran alam.  Persidangan ini juga terdapat pameran tentang produk-produk yang mesra alam. MODENAS tidak ketinggalan dalam turut serta bagi menyokong usaha memelihara alam sekitar dengan mempamerkan motosikal elektrik. 

Persidangan ini dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib B. Tun Abdul Razak.

 

2. Malaysia Brotherhood Ride 2010

Ini adalah program tahunan anjuran Majalah WTR dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dalam membawa wakil-wakil media dari luar negara sempena Kejohanan MotoGP di Litar Sepang. 

Pada tahun ini seramai 11 orang wakil media antarabangsa serta beberapa orang wakil media tempatan dari RTM, Utusan serta majalah permotoran akan menjelajah sekitar semenanjung dengan menaiki motosikal.

Pada 14 Oktober 2010, kumpulan ini akan melawat kilang MODENAS di Gurun dan seterusnya menaiki Gunung Jerai dengan menguji motosikal elektrik.

 

Sekian. Harap maklum  .

Read More »