Thursday, February 19, 2009

MODENAS dengan bulan dakwah

Salam untuk semua!

Bulan Dakwah Peringkat Kebangsaan 2009 dilancarkan oleh DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong kelmarin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang bertemakan 'Wahdah Pemangkin Khaira Ummah' ini bermula dari 15 Februari hingga 31 Mac 2009.

Antara aktiviti yang dijalankan sempena program ini ialah Kembara Dakwah Motosikal di mana MODENAS telah bersetuju untuk menaja (pinjaman) motosikal konvoi sebanyak 13 unit bagi merealisasikan kembara tersebut.

Kembara tersebut akan bermula pada 22 Februari 2009 dengan taklimat bagi peserta kembara dan majlis pelepasan Kembara Dakwah ini akan dilakukan pada 23hb Februari 2009 di Masjid Negara jam 9.30 pagi oleh Y.B Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan akan berakhir pada 26 Februari 2009 dengan menjelajah selatan Semenanjung.

Bersama-samalah kita mendoakan kejayaan kembara ini dan semua peserta selamat di sepanjang perjalanan.

Kami amat menghargai kerjasama anda semua untuk menghebahkan kepada rakan-rakan, saudara-mara, para pelanggan serta rakan-rakan perniagaan dalam usaha mempromosikan Modenas di pasaran.

Terima kasih
Read More »